Persis Taylor Lautner & Murtabak

Tuesday, August 25, 2009 Liyana Hanim 3 Comments

Memandangkan semalam entri yang agak tak ceria dan terus terang aku cakap,blog ini jarang ada entri sebegitu.Jadi,entri ini akan jadi entri tentang perkara2 agak kelakar & memalukan pula.Entri sebelum ni pasal kejakunan dengan JPJ yang semakin efisyen..hehe

Alkisah,lebih kurang seminggu atau 2 minggu lalu,aku pergi ke jualan gudang Metrojaya dengan mama & syapik/syafiqah & raffiqi/kampuchea(itu nama timangan adik2 aku kalau nak annoy mereka..hehehe).Dalam ramai2 manusia yang pergi pada tengah hari sabtu itu,tatkala aku menemani mama & adik2 membelek2 baju mereka,aku nampak ada satu jejaka memandang dari jauh.Taklah jauh mana,dekat jugakla beberapa meter.

Aku pun pandang lah.Eh,Taylor Lautner!ahaha.Benda ni aku dah khabarkan di Twitter & blog kawanku,Ninot(kerana dia team Taylor Lautner/Jacob).Jejaka itu muka sebijik macam Taylor Lautner.SEBIJIK!Tapi dia tak segagah or dalam BI ‘as buff as’ Taylor Lautner.Dia kurus sedikit.Tapi bila aku tengok muka dia,tak berkelip mata ini.Dahlah dia teman mak dia membeli belah.Comelnya.hehe.

Tiba2,sesuatu yang memalukan berlaku.Mama pergi ke bahagian pakaian dalam.Dia pun suruh la aku pilih bra.Aku pun pilih,tiba2(eh sekali lagi) kakak salesgirl ni,yang mungkin,mungkin la cemburu sebab Taylor Lautner masih tengok aku,pergi PAKAIKAN bra pada aku.Ya,pada aku yang berbaju t-shirt.ish2.Memang la malu!Aku hanya mampu gelak2 cover malu je la sebab jejaka persis Taylor Lautner tu masih tengok.Adoi..Drop water face.hahahaa.Tapi tak mengapa,aku pasti jejaka itu orang Shah Alam ataupun sekitar Lembah Klang.Mungkin satu hari kami akan bertemu di situasi yang lebih normal & tidak memalukan sebegitu.Ececeh..berangan jer!

Oh,terima kasih pada mama & ayah yang datang semalam & membawa pendriveku.Selamat!!phewww.Yang paling best,mereka membawa ini..">



Ya,inilah murtabak yang hanya dapat aku rasa setahun sekali.Sebab makcik itu hanya menjual murtabaknya bila bulan puasa menjelma.Murtabak Shah Alam memang tak sedap!Betul,aku tak tipu kerana aku dilahirkan di sini.Tak pernah lagi aku rasa murtabak yang boleh menandingi murtabak makcik ni.Murtabak ini yang mama & ayah beli,bukan dari Shah Alam tapi dari tempat yang keluarga aku tinggal sekarang.

Memang sedap sangat!Kenapalah makcik bukak gerai setahun sekali je???KENAPA??T_T..Macam mana nak gambarkan murtabak ini?Penuh dengan kepingan ayam,hirisan bawang & kentang dalam bentuk kuib yang besar.Sedap!!!!!

Oh,semalam pergi ke Bazaar Ramadhan 17...hurm..agak mengecewakan.Kan Ecah(Aisyah Hani)?Pilihan tak menarik. Lebih best di Stadium Shah Alam atau dekat kawasan rumah keluarga ku.

3 comments:

bareessence said...

1.huhu...agak memalukan juga..eh bukan agak da tu,mmg memalukan la..haha...xpe2,yg penting dia hensem kan???haha

2.em mcm kenal je pinggan,sudu dan juga lantai itu..haha

3.murtabak di ipoh juge sedap2...atau mungkin juge aku tidak berselera tinggi atau dalam bahsa omputihnye 'high taste'..lalala~

4.cube dieja sebagai kiub dalam BM,bukan "kuib"..hahaha

Liyana said...

tu la..sgt hansamudesu!!(in japanese)

eh,tuh kat umah nenek aq la...bukan bilik ecah!!
pinggan tuh ko ingat korg jer ade??adoisss

bwk cni,meh aq bandingkan..hehehe

ala,biarla mls nk btulkan..kui22

aisyahhani said...

yana.br ak bole bukak blog ko. bz la. bc entri tertentu je. biasela ak.bz tu wajib! haha. btw, teringin nk rase murtabak tu! n pasar seksyen 17 tak bes sgt. yup yup~!! n apesal la kakak tu spoiler sgt?haha.