Pemandu tak berhemah

Thursday, September 03, 2009 Liyana Hanim 2 Comments

Haaa,aku tahu bila kawan2 rapat aku nampak je tajuk entri nih,mesti berpusu2 nak baca.keh2...Sebab mereka tahu macam mana perangai aku bila menanggani pemandu tak berhemah ni.Tak padan dengan diri seorang perempuan,aku jadi raksasa bertanduk bila kena dengan pemandu tak berhemah atau jika mereka ‘cross my path’..memang kena la!Jangan ingat perempuan separa ayu(aku mengaku aku taklah seayu...sape2lah lagi ayu dari aku..hahaha) tak reti naik darah...:P..

Aku bukanlah hari2 menjadi raksasa bertanduk.Hanya ketika memandu dan itu pun kadang2....Tapi aku jadi raksasa bertanduk ketika memandu disebabkan oleh pemandu2 yang tak berhemah.Bukan sengaja aku tengah memandu pastuh aku kata,'eh nak jadi raksasa bertanduk la hari ni'.hahaha.

Bak kata ayah aku,walaupun kita pemandu berhemah di jalan raya,kadang2 itu tak mencukupi & perlu sentiasa dalam keadaan sentiasa berjaga/’aware’/’alert’--bagi aku ini bermaksud menggunakan kuasa hon Unser yang power bila nak ‘alert’ kan pemandu2 yang tak ‘alert’.Sebab walaupun kita berhemah di jalan raya,orang2 yang tak berhemah boleh merosakkan mood pemanduan kita atau lebih teruk merosakkan kereta kita.

Kalau nak blog pasal benda ni memang berkajang2..jadi dalam entri ni,untuk jadikan ia lebih menarik,aku akan kategorikan pemandu2 tak berhemah yang telah menaikkan darah aku & membuat aku bertukar menjadi raksasa bertanduk.

1)Pemandu yang tak bagi signal

Memang,memang aku ada kuasa psikik la nak tau kan kau nak masuk ke tak ke simpang ni.hish.Nih aku nak tanya,kurang ke minyak jika kasi signal?Hilang ke kredibiliti jika kau kasi signal?Tak paham aku.Yang kelakarnya,aku pernah keluar dengan seorang lelaki yang dari shah alam ke sunway time kiteorang keluar,langsung tak kasi signal.ish2..Tak cool la!Tak susah kasi signal kan..Susah sangat ke?

Ini juga sering berlaku di roundabout.Memang mangkuk pinggan sudu piring semua lah!Apalagi,aku pun menggunakan kuasa hon yang sangat kuat kepada mereka yang tak bagi signal tuh atau pandang dia dengan muka bengis.Muka bengis aku sangat bengis okay...haha.

2) Pemandu yang main tukar2 lane ikut suka hati dia

Nih lagi satu.Aku boleh,BOLEHLA terima orang tukar2 lane jika kereta2 semua jarak2 sangat jauh dari satu sama lain(Nampak sangat aku pun pernah buat..keh2)..terutama kat lebuhraya,jadi takde la kebarangkalian berlanggar. Tapi jika dekat 3-4 inci...yang kau main tukar2 lane & TAK BAGI SIGNAL tu memang cari nahas la!Sebab hampir kena kereta aku.Memang la kena hon bapak kuat & berkali2.Padan muke!

3)Pemandu yang ikut bontot kereta

Yang ini memang buat aku menyirap.Lebih2 lagi sebab yang bawak kereta macam kura2 kat depan aku,jadi aku tak boleh nak buat apalah(jika jalan hanya ada 1 lane),yang kau kat belakang cucuk2 aku buat apa?Bengom btul la!Mungkin jugak sebab kereta Unser yang aku pakai nih besau jadi orang tak nampak ada kereta yang lembab gila di depan aku..Tu boleh la dimaafkan.

4)Pemandu yang makan jalan

Kalau pemandu macam ini memandu di jalan Puncak Alam,memang habis la.Kau tahu tak jalan Puncak Alam macam mana?Takde pembahagi jalan okay.Aku dah biasa ulang alik.Jadi takde istilah ‘termakan jalan’ dekat jalanraya Puncak Alam.Kalau jadi,memang nak kena langgar dengan lori2 yang lalu lalang kat situ.

Pemandu yang makan jalan ni sering berlaku di kawasan Lembah Klang.Aku tak tahu la dia tengah mabuk ke ngantuk ker ape ke.Tapi masalahnya,ia boleh menyebabkan KEMALANGAN!Ini lah yang menyebabkan kereta kawan adik aku remuk sebab pemandu yang tak peka ketika memandu.ish2

Sebenarnya banyak lagi tapi penat pulak menaip..nak tido sebab semalam sibuk study, rupa2nya test besok bukan hari ini...adoisss...

2 comments:

Zen said...

(5) Monyet yg potong queue. Penyumbang kepada kesesakan trafik.

aisyahhani said...

em.tak berpusu pon? hehehe.
emm ape ek yg ak tak suke tentang pemandu "kurang" berhemah ni?emm...ntah..aku layan kan aje la pemandu2 ni sume.hahaha.janji rock.tp kdg2 ade jugak yg sakit ati.biaselah kan..tp yg penting kalo pemandu tu ensem, menawan hati kalo die buat salah, aku sanggup la maafkan.haha.yg penting rock!oh yeah~