Semua nangis tengok Taubat Nasuha

Saturday, November 28, 2009 Liyana Hanim 5 Comments

Aku seorang yang jarang2 nangis bila tengok filem atau drama. Tapi malam Raya Haji baru2 ni,satu family dok tengok Taubat Nasuha kat tv3.Amboi watak ayah dia yang sapa nama tuh,teruk giler!Ada ke teleng2 kepala anak tak tentu pasal.Ayah aku yang panas baran pun takdelah 24 jam nak menjerit2 jer and tonyoh2 kepala anak & campak2 dieorang.Gila ke ape?Mungkin adalah ayah macam tuh kan,harap2 lepas tonton drama tuh,mereka berhenti melakukan perkara tersebut dan bertaubat.

Hah,tajuk kat atas ni sebab bila pencuri dua orang samun Laila(Sheila Rusly)& anak2 dia,yang anak nombor 2,bila dah bergelut2 dan kene debik2 dengan salah seorang dari si pencuri tuh,gigit tangan pencuri dan cuba nak selamatkan mak dia.Dalam waktu yang sama,mak & anak paling bongsu kena debik2 dengan pencuri yang lagi satu.Dahlah Laila tuh berdarah2 sebab dia mengandung & pencuri tu tolak dia sampai jatuh tersembam.Yang si suami bodoh tu pulak dok syok2 bermanja2 dengan boss pompuan dia & tak jawab panggilan telefon si isteri yang dalam bahaya.Kali ke-2 si isteri telefon,sebab pencuri suruh tanya kat mana barang2 kemas dia letak,si suami angkat telefon,& dah ko dengar isteri ko menangis2 kat talian tuh,yang ko hang up the phone apehal?Memang bangang!

Jadi,si anak ke-2 pun melurulah nak selamatkan ibu dia selepas gigit tangan pencuri,tapi,si pencuri kejar die & tercucuk pisau betul2 kat perut anak tuh.Pastuh pencuri yang lagi satu stab anak sulung pulak.Last sekali ibu & anak bongsu.

Bila part anak ke-2 yang chomel & tembam tuh kena stab,air mata aku dah jatuh berbaldi2 dah.Aku tak bolehlah sebab mereka macam adik2 aku sendiri sebab mereka pun suka bising2 dan gaduh2.Jadi sangat sedih sebab mereka adik beradik sangat rapat & kena bunuh disaat nak tolong ibu meraka walhal ayah mereka bersuka ria dengan pompuan lain.Adik bongsu aku,Raffiq yang tengok pon nangis,mama yang tengok pon nangis.Sangat sedih & meninggalkan kesan yang dalam.Akhirnya,si ayah tinggal sebatang kara,menangis tak berhenti di tikar sembahyang sambil ayah di mententeramkan dia.Sedih sangat sebab aku memang pantang hal2 famili ni.

Hal2 berkaitan family yang sedih2 memang senang buat aku menangis sebab family aku nombor 1 dalam hidup aku.Jadi,bila tengok Taubat Nasuha,buat aku lebih menghargai adik2 aku.Juga buat aku takut dengan jenayah yang semakin menjadi2 sebab dalam drama tuh,pagar automatik rumah dekat dah nak tutup tapi 2 pencuri berjaya masuk jugak & akhirnya satu famili terbunuh.Dan pencuri tu mengekori ibu dari saat dia ke atm nak keluar duit,ambik budak2 kat sekolah & balik rumah.Takutkan?Berhati2lah kawan2.huhu.Dan luang2kanlah masa bersama keluarga.

5 comments:

Paan said...

It was a brilliant drama actually with a twisted plot ending. Saya cukup tersentak dengan perubahan dalam penyampaian drama tanahair lately. Good work, Malaysian! And the drama itself will remain one of the greatest drama I've ever watched.

Li said...

yes..i didn't expect the drama to have that kind of twist in the end..it was shocking & sad but it showed that the husband & wife team of sheila rusly & jinggo(i think that's his name) are capable of creating astonishingly great drama with a great unknown cast(referring to the 3 children in it)..hey,how did u find my blog??thanks for reading anyway!

Shah said...

yeah..telefilm tu mmg touching la..aku yg xnangis dlm tempoh hampir 10 thn pon leh menitiskan airmata..part plg sedih bila ayah buka pint, anak2 ngn isteri dh b'lumuran darah.nice telefilm I've ever watched gak..jumpe blog ni by googling.

Li said...

shah:tau xpe...rasenyer sbb bile tgk drama tuh mcm..oh,seorg suami/bapak yg xreti jd menjalankan tanggungjawab dia..rupenyer jadi tragedi mcm tuh..mestila terkejut kot!insaf la sikit kat bapak2/suami2 yang tak bertanggungjawab kat luar sana supaya 'berhijrah' menjadi yang lebih baik..

fira said...

liyana: omg, sedey gila cite tu rite.. i cried tu. mase anak die kene tikam tu la start i nangis... we thought mcm x wujud je men like that tp in reality, mmg ade. so sad.. kesian anak2. :(