Congrats Harimau Malaya(part 2) dalam bahasa melayu--isu cheat laser.

Friday, December 31, 2010 Unknown 0 Comments

Okay,sebenarnya nasib baiklah pemain2 negara kita menang pada final ke-2 AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno pada 29 hb Disember dengan aggregat 4-2.SEBAB,kalau mereka kalah,kita boleh salahkan kerajaan Indonesia yang tidak menjaga mereka dengan baik sehingga tidak boleh praktis sebelum perlawanan.

Mereka hanya dapat memanaskan badan di tepi kolam renang hotel penempatan mereka.Sedihkan?Mula2 nak pergi praktis di stadium yang lain(bukan Bung Karno) sebab ye lah banyak orang2 fanatik dah mula menunggu di stadium bung karno dari pagi lagi.Tetapi,on the way ke stadium yang lagi satu,bas mereka terpaksa berpatah balik sebab trafik apetah..eeeee geramnyer!

Jadi ternyata & terbukti pasukan kita memang jaguhan & layak menang --walaupun tidak dapat berlatih sepenuhnya seperti pasukan Indonesia,mereka berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dipadang.

Apa yang saya tak paham,kenapa segelintir masyarakat di Indonesia,membaling batu ke arah bas yang sepatutnya dinaiki oleh pemain Malaysia disana,serta menghina dan mencaci negara kita di internet pada malam mereka kalah 3-0 kepada pasukan Harimau Malaya semata2 kerana beberapa penyokong pada malam itu memancarkan laser ke atas kepala botak Markus.

Dan paling kelakarnya,mereka menjadikan itu sebagai ALASAN mereka kalah.Walhal,kejadian itu berlaku sebelum gol2 dijaringkan malam itu.ish2.

Kenapa terlalu fanatikal dan tidak boleh berfikir secara WARAS?Wajarkah menghukum pemain2 kita atau menghina Malaysia oleh kerana perbuatan penyokong tersebut?Bukannya pemain kita yang menyuruh penyokong menggunakan laser itu.

Paling menyedihkan ialah sewaktu lagu Negaraku dimainkan sebelum perlawanan terakhir di Bung Karno & penduduk2 Indonesia mengejek2 pemain2 kita.Mana sportmanship yang diaggung2kan?

Sedih dan kecewa oleh kerana sewaktu Indonesia dilanda musibah,kita selalu menghulurkan bantuan tapi acapkali mereka memburukkan nama negara kita dan kita bersabar dengan cercaan mereka.

Tapi,apa yang dipaparkan oleh masyarakat Indonesia ke mata dunia yang menyaksikan gelagat mereka di internet pada malam kekalahan mereka di Bukit Jalil dan sewaktu pemain negara kita berada di sana,menunjukkan bahawa mereka senang melatah dan terlalu fanatikal dan cepat menghukum tanpa usul periksa.Sunggu menyedihkan.

Itu yang membuat saya bengang--membenci sesuatu yang diri sendiri kurang faham hanya kerana orang lain juga berbuat begitu.

Yang kelakar,setelah pasukan Malaysia menang di Bung Karno,masih ada juga yang ingin menghina di Twitter saya tapi setelah saya bertanya kepadanya,kenapa mahu menyalahkan pemain2 kami atau kami yang tidak kena mengena dengan kejadian laser tersebut?Haaaa.Terdiam mereka2 itu.Paling kelakar,selepas itu ada seorang lelaki indon di twitter cuba mengayat saya..dibilang saya ini 'cakep(cantik)'..ahahaha.Haih..manusia2.Macam2 ragam.

Apa2 pun,syukur alhamdulillah pemain kita semua selamat sampai ke tanah air & membawa pulang piala AFF Suzuki 2010!

Kepada kerajaan kita,cubalah berbuat sesuatu takkan sampai bila2 nak biar nama kita dibusukkan di sana?Fikir2kanlah.:)

0 comments: