Mamai

Saturday, February 19, 2011 Unknown 0 Comments

Bila usia semakin lanjut(ececeh macam dah tua sangat padahal baru 24 tahun),tenaga pun semaking berkurangan.Senang mengantuk,senang letih,lingkaran hitam di bawah mata pun semakin ketara.Adoi.

Al kisah hari ini...Semalam saya balik dari kerja pada pukul 11 malam.Dan pada hari ini masuk kerja pada pukul 7.30 pagi.Gila tak gila?

Tapi sebelum itu,pergi la beli breakfast dulu di restoran berdekatan rumah nenek saya--sebab balik lewat malam jadi tidur la rumah nenek sebab jalan raya ke rumah family=puncak alam,sangat scary pada waktu malam--tiada lampu & tiada pembahagi jalan!

Belilah nasi lemak,surat khabar The Star & 100 plus activ sebab ye lah,masih mamai2.

Pergila ke kereta pastuh tekan yang alarm kereta tuh.Eh,kenapa kereta ni tak menyala??0_o

Tekan berkali tak boleh jugak..hurm..bateri alarm ni mati kot?Ok cuba guna kunci kereta pulak.Masih tidak boleh jugak.Adois camne ni..Masuk kerja at 7.30 kot!

Tiba2 tengok kat cermin,eh..apsal cermin kereta ni mcm lain je...Kejap.
NI BUKAN KERETA AKU!-____-

Rupanyaa kereta saya selang sebelah kereta itu.kahkahkah..pandaiiii sgt..:P

Nasib pemilik kereta itu tak nampak aksi saya cuba untuk menceroboh masuk kereta dia!phewwww

0 comments: